Semua sedia maklum bahawa negara Pakistan dalam keadaan yang agak bahaya untuk dilawati pada masa ini disebabkan ketegangan dua buah negara di kawasan Kashmir. Adalah tidak digalakkan untuk ke sana.
Akan demikian, berikut adalah cara-cara untuk anda memohon visa Pakistan untuk orang Malaysia yang berhajat melawat negara Pakistan (superb scenic view!).
Untuk memasuki Pakistan, anda perlukan visa kecuali pergi dengan group yang mana anda bole dapatkan visa on arrival (VOA) di airport. Sesiapa yang pergi Solo, memang tak akan dapat VOA yer. huhu
Cara Mohon Visa Cara Rumit dan Tampal di Passport
- Anda perlu ada LOI (letter of invitation). Ada 2 cara nk dapatkan
Boleh beli kat travel agent semasa anda di Malaysia (~50USD)- Local Pakistan yang anda kenal di sana.Lepas dah ada LOI semua step dah jadi mudah. Minta kawan anda untuk sain surat LOI dan bagi salinan NRIC dia.
- Ikut saja checklists yang ada dalam website mereka.
- Sediakan statement bank
- Salinan NRIC anda
- Gambar anda yang jelas (ukuran passport).
- Form download di sini dan isi manual.
- Submit form tersebut dan semua dokumen di kedutaan Pakistan, Jalan Ampang.
- Pagi sekitar 8-11am. lepas tu dah tak boleh submit yer. Kena tunggu esok lagi.
- Bayaran RM30 sahaja dan deposit dekat Affin Bank.
- Alamat: 132, Jalan Ampang, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
- Masa submit dokumen, kena tunggu interview juga.
- Kalau dah lulus visa anda, dia akan bagi resit untuk ambik passport pada petang 4-4.30pm esok hari
Update: 6th November 2019
Cara Mohon Visa Pakistan Serendah RM36 (Visa ETA Pakistan)
Pakistan telah pun memperkenalkan sistem permohonan visa secara ETA untuk rakyat Malaysia.
ETA secara mudahnya bermaksud Visa Elektronik (tanpa perlu lekat di passport original) pun. Mudah dan senang untuk kita sebagai Rakyat Malaysia.
Kami kongsikan cara paling mudah dan simple iaitu ETA kategori Visa Tourist Pakistan
Apa yang anda perlu buat;
- Isi borang secara online di https://visa.nadra.gov.pk/tourist-visa/
- Hotel booking (bukti tempahan hotel)
- Gambar Passport (background putih)
- Passport scan (lengkap bahagian hadapan dan bukan kulit merah tu yer. hihi)
- Tiket Flight pergiu dan balik
Anda hanya perlu sediakan semua dokumen ini dalam format JPEG dan upload di laman web tadi.
Harga untuk mendapatkan visa ini adalah 8.18 USD (RM36~).
Selepas mohon visa Pakistan, anda perlu tunggu dan akan dapat jawapan dalam tempoh ~7 hari.
Tips: Mohon visa anda sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berangkat ke sana yer. Takut ada isu kat kedutaan nanti.
48 comments
Bukan ke Malaysia & Pakistan dah sign perjanjian no visa pada Nov 2018?
Masih perlu mohon visa lagi ke?
PakDin
16 Jul 2019
Salam Pak Din. Visa Pakistan masih lagi perlu mohon di kedutaan tapi percuma sahaja. Memorandum yang dah sign tu kata visa dah free tapi still kena mohon lagi. Harap menjawab soalan Pak Din ye.
Assalam, nak tanya untuk apply visa tu kalau ada budak (1 dan 3 tahun) kena apply sekali ke?
Dan perlukan semua borang / salinan passport / gambar passport untuk budak2 tu?
Betul. Kena apply sekali even budak kecik
salam en Zahid. reference letter form Malaysia employer tu wajib ke, tq.
Waalaikumsalam Shanaz.. Tak wajib tapi lebih baik bawak saja untuk backup jika perlu yer
Salam, maksud nya Klu travel solo, sy tak bole apply ETA visa pakistan kah ??.. Nak kena dtg ke embassy Pakistan d kL utk apply visa , sy tinggal jauh dan menyukar kan sy Huhu.. Ada Cara lain tak ?.. Harap ada penjelasan, Terima kasih.
Waalaikumsalam. Boleh guna agent atau runner untuk mohon jika tinggal jauh dari KL. tak ada masalah pun guna Agent. Kos dalam RM60-RM80 sahaja
ada tak number phone agent atau runner yg boleh saya hubungi…
tm kaseh
Salam Sulaiman,
Saya ada hantar email ke inbox tuan ye. Boleh la check untuk nombor phone trusted agent dari kami.
Terima Kasih
Salam
Boleh saya dapatkan number phone agent ?
Hi Syaf,
Nanti team kami akan email yer.
Terima Kasih
Boleh saya dapatkan contact number agent
Encik boleh Minta nombor Telefon Agen utk nak apply visa pakistan
Salam Anidah,
Saya akan hantar email ke inbox tuan ye. Boleh la check untuk nombor phone trusted agent dari kami nanti.
Terima Kasih
Kalau student plak mcam mne ye . Yg nk melawat pakistan sbgai melancong
Salam Shahira. Boleh juga tetapi lebih baik jika travel sesama kawan lain..
Kalau kita dh dpt visa ,tetapi atas sbb2 tertentu kita tk dpt pergi ke pakistan apa yg akn terjadi dan apa perlu di lakukan
Tidak ada masalah pun. Visa akan terbatal sendiri nyaa..
If i dont have LOI from travel agent in PAK but i have one of the following,
Is it sufficient for the visa application :
1. A friend’s wedding invitation card (friend living in Karachi)
If yes, does the card that stated the wedding details including address and contact number is sufficient or need to be endorsed by an authority ?
Or
2. A letter (with letterhead) from a friend who is a lawyer , owns a lawyer firm with office in Peshawar, stating that i am a friend of him and he is inviting to visit his country and will be staying atbhis family house , and the letter stated all his details
Salam. Kalau pergi berdua shj perempuan still kena apply visa. Ataupun visa on arrival?
Salam Nisa,
Still kena apply juga tapi boleh call embassy untuk kepastian lagi.
Terima Kasih
boleh sy tau if sy masuk dr india tp keluar di lahore pakistan stil kena buat visa for india n pakistan ye?
Hi Nisa,
Ye betol.. Kena buat dua visa untuk Pakistan dan India.
Terima Kasih
salam, adakah sukar bagi perempuan untuk solo travel ke pakistan. agak agak lulus tak utk dapatkan visa
Salam Qilah,
Jangan risau. Tak sukar pun untuk wanita nak travel ke Pakistan. InsyaAllah boleh lulus.
Terima Kasih
Saya ada baca review mengatakan bahawa kalau nak travel solo bagi perempuan kena dapatkan surat kebenaran daripada ayah ataupun adik beradik lelaki. Betul ke?
Hi Qilah,
Besar kemungkinan Qilah kena ada surat kebenaran. Lebih baik call terus ke embassy Pakistan untuk lebih kepastian.
Terima Kasih
salam En. Zahid, kalo blacklist masih boleh apply visa x untuk ke pakistan? Kalau untuk urusan nikah kahwin di sana macam mana pulak ye?. saya rakyat malaysia dan bakal suami warganegara pakistan. Kami merancang untuk melngsungkan perkahwinan di sana.
Salam Scity,
Pihak kami berpendapat lebih baik Scity sendiri tanya kat embassy berkenaan masalah cik yer. Lebih jelas dan tepat berkenaan isu apply visa pakistan yang blacklisted dan urusan kahwin di sana.
Terima Kasih
Hi, Encik Zahid, Saya ingin melancong ke Pakistan tahun depan, boleh tak encik email saya no.telefon ejen kerana ingin memohon visa, terima kasih.
Hi Danise,
Kami dah bagi no phone agent kat post di atas yer.. Cuba check balik..
Terima Kasih
Saya sudah menghubungi agen tersebut tetapi beliau kata beliau tak buat visa ke Pakistan. Ada sesiapa yang boleh encik recomment, terima kasih
Hi Danise Ong,
Visa Pakistan dah tak perlu agent lagi. Boleh terus mohon ETA Visa di laman web mereka. Cuba rujuk balik post kami di atas yer.
Maaf diatas kesulitan ini.
Terima Kasih
bole bg contact no agent nak apply visa
Hi Nina,
Kami dah bagi no phone agent kat post di atas yer.. Cuba check balik..
Terima Kasih
Salam en zahid.. saya isteri kepada warga pakistan. Suami dh pulang dulu sbb ayah dia sakit. so, sekarang turn saya utk ke sana berseorangan. apakah surat kebenaran lawatan masih perlu? jika ya, sebagai pnjawat awam, apa dokumen lain yang saya perlu sertakan nnti? terima kasih ye..
Salam Pn Sue,
Surat sokongan masih perlu tapi kami nasihatkan untuk puan tanya terus ke embassy untuk dapat maklumat yang tetap.
Terima Kasih
assalamualaikum saya nak melawat pkistan buat kali ptma bgaimna cara sy untuk dapatkn visa trima ksih
Waalaikumsalam Hajrah,
Boleh baca post ni dari awal sampai habis. InsyaAllah dapat visa.
Terima Kasih
Minta tolong email saya no agent untuk buat Visa Pakistan dan India.
Kos sekitar RM 80 ye? Kalau melalui agent tidak perlu pergi Interview ke?
Salam Nurhisam,
Visa Pakistan dah tak perlu agent lagi. Boleh terus mohon ETA Visa di laman web mereka. Cuba rujuk balik post kami di atas yer.
Terima Kasih
Maaf saya nak no agent bole tak
Hi Zeekhan,
Visa Pakistan dah tak perlu agent lagi. Boleh terus mohon ETA Visa di laman web mereka. Cuba rujuk balik post kami di atas yer.
Maaf diatas kesulitan ini.
Terima Kasih
Tolong email ke saya please urgent nak no agent
Hi Zeekhan,
Visa Pakistan dah tak perlu agent lagi. Boleh terus mohon ETA Visa di laman web mereka. Cuba rujuk balik post kami di atas yer.
Maaf diatas kesulitan ini.
Terima Kasih
Tapi betul ke if perempuan travel sorang ke pakistan kena ada consent letter from parents? Like i already 28years old need ke benda tu? Ni apa yang saya baca orang shares
Hi Zeekhan,
Sebenarnya, dah tak perlu pun minta consent letter lagi tapi kami sarankan untuk minta penjelasan terus dari Embassy yer. Takut ianya bergantung pada individu atau pun ada perubahan pada policy mereka.
Terima Kasih