Canada merupakan sebuah negara yang agak jauh di benua Amerika Utara tetapi ramai pelancong dari Melaysia datang tiap-tiap tahun melawat keindahan negara itu. Canada juga kaya dengan kecantikan gunung-ganang, hutan dan hidupan liar. Memang berbaloi laa katakan jika dapat melawat ke sana.
Akan tetapi, rakyat Malaysia perlu mempunyai visa untuk memasuki negara Canada. Jangan risau, Arin Ya’acob pernah berkongsi cara beliau memohon Visa Canada di Facebook baru-baru ini.
Kredit Foto: Kuoni
Malangnya, web untuk application Visa Canada tidak berapa mesra pengguna , tidak seperti website untuk Visa US . Perlu fahamkan satu persatu arahan nya .
- Anda perlu create login akaun di website Immigration Canada di sini :
- Setelah selesai buat akaun, ada beberapa soalan yang perlu di jawab . dan seterus nya anda perlu upload beberapa dokumen mengikut arahan yang telah di berikan di website.
- Masalah utama adalah jika anda mahu upload dokumen sokongan (contoh seperti Travel Info, kena upload previous travel info based on cop pada passport , kena buat dalam satu document (pdf) . Yang paling mudah, setiap gambar helaian cop yang ada pada passport itu , di paste di Microsoft Word dan di save as PDF sahaja .
- Untuk yang bimbang dengan informasi kewangan mereka, ada satu bahagian kewangan yang perlu anda upload. Yang ini anda perlu upload dokumen 3 bulan penya bank (dalam bentuk pdf) sahaja .
- Ada satu bahagian juga pada form ini yang perlu di upload mengenai sejarah pendidikan anda (degree dan ke atas) . Yang ini kena ingat tahun dan tempat je dah cukup yer.
- Segala bentuk form yang disediakan di website untuk anda isi adalah dalam bentuk Adobe 10. Maka, perlu la update dulu pada latest adobe reader, kalau tidak , memang tak boleh nak download dan isi form tu.
- Setelah semua dokumen di upload, bayaran perlu di buat . Boleh terus buat online transfer. $100(CAN) untuk visa dan $85(CAN) untuk Biometrik .
- Settle urusan bayaran, akan ada status application di website itu nanti. Status application ini akan di update dari masa ke semasa . Anda akan dapat notification melalui email jika ada sebarang informasi kelak.
- Dalam masa 24 jam selepas upload segala dokumen sokongan yang diperlukan , anda akan dapat update Letter Of Biometric dikeluarkan di website.
- Untuk buat Biometric, anda perlu apply date appointment melalui web https://www.vfsglobal.ca/Canada/Malaysia/biometrics.html. Sekali lagi perlu buat ID akaun untuk log in ke web VFS ini. Settle dapat appointment, anda akan diberikan surat melalui email oleh pihak VFS mengenai appointment date anda.
- Untuk menghadiri sesi Biometric, print out surat dari pihak Canada Immigration (Letter of Biometric) dan juga dari VFS dan bawa dokumen yang diperlukan seperti tercatat di dalam surat ke Canada Visa Application Centre , Suite 19-03, Floor 19, Wisma MCA, Jalan Ampang, KL .
- Selesai Biometric , anda perlu pulang dulu dan tunggu dapat update di website Canada Immigration untuk update seterusnya. Time ni memang berdebar, sebab approved atau tidak , ini lah masa nya. Seperti kes saya, selepas 4 hari bekerja, dapat surat untuk penghantaran Passport ke CVA (update di web Canada Immigration), Wisma MCA . Bila dapat surat di minta penghantaran Passport ini , sudah boleh menarik nafas lega kerana Final Decision yang tertera di web Canada Immigresen adalah ” Your application has been approved …” .
- Dah hantar passport, perlu tunggu dalam 5-10 hari bekerja untuk anda ambik semula passport di CVA , Wisma MCA . Ini kerana passport anda di hantar ke Canada Immigresen di Singapore untuk urusan stamping . Maka , masa yang di ambil agak panjang juga .
Kredit foto: Arin Ya'acob
Visa Canada ini akan ikut tamat tempoh tarikh passport kita. Maka, renew la passport untuk dapat 5 tahun terus yer…
Dan kalau dibandingkan pengalaman buat Visa US dan Visa Canada , Visa US lebih mudah proses nya dan juga website nya mesra pengguna. Dalam masa 3-4 hari , selesai urusan Visa US berbanding application Visa Canada .
Harap info ini dapat membantu semua untuk membuat Visa Canada yer.
Good Luck dari kami, Traveliti!!
5 comments
Hi I will go for biometric tomorrow in Wisma MCA . I did online application and just wonder did I need to prepare the birth certificate as requirement at the checklist?
Regards,
Yong
Hi Yong. No need but you can bring it along. No harm to be well prepared too. Thanks!
Hi, I’m applying the Visa for my bosses (use 2 separate user ID). If i already exit the questionnaires, how i want to edit my application? Then, do i need to complete the ‘Statutory Declaration of Common-Law Union’ Form? Also, do i need to get my bosses signature in all the forms before i can submit it?Thanks
Hi i have a question. my visa got rejected few weeks ago.
Anyone of u know how to reapply it and any tips?
Thank you so much
Hi. Nak bertanya, kalau nak apply visa untuk family . Saya nak kena login pakai 1 akaun atau macam mana ya nak isi sebab tak berapa nak faham. Cari juga untuk add family tapi macam tak jumpa .. Adakah pakai 1 akaun login boleh letak nama family yg nak travel ke canada ?mksud sy website nak apply visa ..